Tarikh : 29 & 30 Mei 2024 Masa : 09:00 pagi - 05:00 petang Tempat : NADI Kg. Tenang Peserta : Usahawan |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para usahawan mempelajari cara mengedit gambar produk dan cipta flyers produk perniagaan mereka dengan betul dan lebih menarik. Selain itu, program ini jugak dapat mengeratkan hubungan antara NADI dan pihak KEMAS.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah usahawan mempelajari modul pengenalan photo phone & sudut pandang kamera, tutorial photo phone, tutorial editing gambar menggunakan aplikasi Snapseed & Photoroom, pengenalan & pendaftaran akaun Canva, cipta flyers produk perniagaan dan praktikal. Peserta juga tidak terlepas untuk mengikuti kuiz Canva dan photo phone.